Sunday, February 21, 2010

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Sakit Hati, Tulang Sendiri ?
www.iluvislam.com
Di Forwad kan Oleh: Edwardsiella
Editor: Afdhal87

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....

Nota Kasih Sayang :
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan
sebanding
dengan akibat yang akan diterima?




Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH

Sunday, January 31, 2010

telinga masuk air

Minggu lepas, selepas kelas, aku dan coursemate pergi bermandi manda di sungai, urm..memang best,berkelah dari pagi sampai petang, tapi waktu tu telinga da berdegung..huhu masuk air,da try macam-macam petua, isi air dalam telinga la, lompat-lompat la.. tapi semua tak hilangkan pun rasa berdegung tu... aku assume ada lagi kot air yang tertinggal kat dalam telinga..pastu 2 3 hari cam ok ja..then, 2 hari lepas, aku dan kawan2 gi mandi kat waterworld melaka pulak..memang best..semua slide aku try...yang paling tinggi tu pun aku try...walaupun lengguh kaki ni terpaksa memanjat tangga...tapi aku kuatkan semangat nak slide juga...
tapi penyudahnya telinga aku masuk air lagi..huhu
bila balik pun still tak berapa nak dengar, kononnya aku nak cuci, so aku cuci dengan cotton bud..kot2 ada air...last2 aku tido malam tu dengan telinga yang tak dengar sebelah...huhu...bangun pagi keesokkannya pun tak dengar...aku tak sanggup lagi menjadi orang yang tak berapa dengar, keputusan dicapai dan aku pun jumpa doktor.

doktor tu kata lebih kurang cam ni
" awak dengar kata saya ni, mana ada air boleh masuk dalam telinga dan tertinggal kat dalam telinga, air tu just menyebabkan struktur dalam telinga tu mengembang sementara saja, tapi disebabkan aku rajin sangat nak cuci sendiri ngan cotton bud... penyudahnya dah ada darah beku kat dalam telinga..."

oh baru aku faham..huhu...menyesal datang tetiba...adakah nikmat pendengaran yang sempurna aku akan hilang...takutnya aku, bila kita tak bersyuur dengan pemberian Allah, adakah Dia akan mengambilnya dari kita...

so, doktor bagi aku 2 jenis ubat titik, 3 hari kemudian aku kena jumpa dia untuk cuci darah beku tu...hope aku dapat mendengar seperti semula nanti...huhu...sedih oo tak clear...berdegung ja..




so moralnya...kita harus bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi pada kita, hargainya bila ada, dan jaga ia dengan baik, sebelum nikmat atau apa sahaja yang dipinjam oleh Allah itu hilang daripada diri kita.

'Ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu'
'Alhamdulilah'

Thursday, January 28, 2010

putus cinta





Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.





(putri kayangan)

Wednesday, January 27, 2010

Jodoh pertemuan ketentuan Allah

ketika hati mencari ketenangan..membaca dari satu blog ke blog...aku terjumpa doa-doa ni..














(from;weblogmyjodoh)

Monday, January 25, 2010

Renungan utk org yg sedang bercinta.

Lepas selesai makan malam..terdetik hatiku untuk membuka e-mail lama dalam inbox, sajer2 nak imbau kenangan lalu, tetiba terjumpa satu e-mail ni dihantar oleh kawan ku.
aku rasa e-mail ni bagus untuk dikongsikan dalam post entry aku kali ni..
semoga aku lebih berhati-hati dalam perjalanan hidup ini, redha Allah yang aku cari...insya allah.
ok!

selamat membaca!



Renungan utk org yg sedang bercinta..

aku pernah bercinta,
sayang sorang perempuan/lelaki sepenuh jiwa
aku kata suatu hari nanti aku akan
kahwini dia
takda apa yang dapat menghalang cinta
aku
angkuhnya aku berkata-kata.
dia kata dia cuma nak dengan aku jer
macam aku, angkuhnya dia berkata-kata.

suatu hari dia mintak putus
kata dia hubungan dah tak rasa macam dulu
aku rasa sebak, tak pernah terfikir
hubungan selama setahun ni
yang konon akan abadi selamanya berakhir
berbulan2 bagai nak mati bercinta
rasa cinta boleh hilang?
macam hidupkan lampu hilang bayang-bayang
aku menangis, tak percaya semua ni
aku termenung pedihnya kat hati jahilnya aku,
tertanya kenapa Tuhan layan aku macam ni.

suatu malam lepas solat macam biasa
aku duduk bertafakur, fikir macam-macam benda
tiba-tiba aku menangis...
bila nama Tuhan aku sebut-sebut, aku panggil
baru aku nampak siapa yang sayangkan aku lebih
aku menangis terus menangis...
aku nampak siapa yang sayangkan aku lebih

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Al-Imran ayat 139)

- termenung berfikir -

baru aku tahu...
bila bercinta, setiap kali jumpa
tangan dia aku pegang macam biasa
muhrim ker bukan aku terus lupa
pinggang dia aku peluk konon tanda sayang
ilmu agama semua terbang hilang
begitu banyak dosa kitorang bila berjumpa
kalau sebulan dua kali, setahun dah berapa?
berapa pulak agaknya sebatan kat neraka?
kalau hari di akhirat berganda
Astagfirullah...

baru aku nampak...
masa tengok wayang sama bukan main seronok
sampai burn Asar ataupun Zuhur
kalau lewat lagi balik, Maghrib pun hancur
keletihan tidur,esoknya tak bangun Subuh
dengan Tuhan makin jauh... ya Allah
betapa alpanya hidup aku
dulu bercita-cita nak jadi mujahid
tapi belum apa-apa benteng iman dan "Syahid"
Astagfirullah...
malunya aku... nak menghadap Kau.

baru aku sedar...
setiap kali call beringit duit hangus
balik-balik cakap benda yang sama
"saya sayang awk, awk sayang kita?"
bila merajuk nak kena pujuk pulak
kekadang sampai berjam,berjimat ingat pun tidak
tak pernah berbincang pasal hal-hal agama
sebab rasa macam potong stim jer
tak pernah saling mengingatkan untuk solat
lima waktu tak pernah cukup, jarang jumpa Kiblat
Astagfirullah... selepas apa yang aku buat
Tuhan masih lagi bagi aku nafas
sayangnya Dia kat aku... bagi peluang aku taubat

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah ayat 216)

- menangis menyesal -

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"(Al-Baqarah ayat 45)

menangis aku, nak tadah tangan berdoa pun aku malu
Tuhan sayangkan aku, aku buat tak tau
aku angkuh, aku lupa yang Tuhan handle semua jodoh
dulu aku dekat dengan Tuhan, lepas couple makin jauh.
sia-sia air mata menangis sebab kena tinggal
air mata tu mengalir, kering pastu tak tinggal kesan
sedangkan air mata taubat yang mengalir
mencuci dosa-dosa walaupun ia macam kotoran degil

tengok-tengok sekeliling
semua berbincang masalah percintaan
tapi tak pernah pulak ada orang kata
dia ada masalah
bila siapa yang dia cintakan tu Tuhan
takda pulak diorang ada masalah percintaan
sebab tiap sujud malam ada yang temankan
takda pulak orang rasa tertipu atau disakiti
dengan janji-janji manis...
janji-janji seperti syurga dan segala isi.
jadi aku serahkan jiwa dan cinta
pada yang lebih berhak...
pada Dia yang pemberianNya tak pernah sikit
untuk Dia aku hidup dan untuk Dia aku ingin Syahid

Sunday, January 17, 2010

MUSLIMAH SEJATI

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).


Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, “Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram”. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. – (Riwayat Imam Ahmad)

“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendakinya.”

--------------------------
copy from (bingkisan hati)

Tip Pelajar Cemerlang

Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.

7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.


Sumber : Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah