Monday, March 29, 2010

mak kata jangan main hujan nanti demam















Petang tadi hujan selebat-lebatnya..kilat sambung menyambung..huhu..risau jer kat laptop tutup ke belum..

dan petang tadi jugak..nampak anak-anak kecil bermain hujan..riang ria bergembira.." ishk bebudak ni, slumber je main, tak takut kilat ke??" getus hati kecil ku..

Masa tengah tengok2 kat depa tetiba je salah seorang menjerit.." kak ina...meh r main hujan.."
huhu..disebabkan kerabunan, tak dapat la aku cam siapa pada mulanya:
terus je tangan mencapai cermin mata..ow.." oit korang..bahaya r, jangan main2 cam tu..kilat!!"

aku kenal bebudak tu..

sebab sayang aku tegur
sebab sayang aku tegah
sebab sayang aku tak nak benda buruk berlaku depan mata..
huhu..mendengar juga kata-kata..
lalu..tak main hujan da bebudak tu..

teringat masa kecil, aku pun jenis degil gak..mak kata jangan main hujan nanti demam
tapi waktu hujan lebat tu la paling best nak main kat luar rumah..
hehe...nape la..zaman budak2 tak fikir panjang

jaga la kesihatan bebaik..tambah-tambah time dah nak exam ni..jangan main hujan..
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT

Saturday, March 27, 2010

terima kasih


salam..

saja aku postkan untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca..
beberapa hari yang lalu..
agak frust sebab..banyak sangat virus dalam laptop..ni pun gara-gara key x valid lagi utk antivirus..

disebabkan time tu jugak printer tetiba abis ink..terpaksa la aku print assignment kat cc berhampiran..(kat2 kolej jugak)

then, masa balik tu..aku mintak tolong roomate aku scan guna laptop dia..
abes sume keje aku dah x der..coz disebabkan oleh virus..mak oiii..banyak sangat 234 virus..trojan plak tu..

abes la assignment aku yang nak kena hantar esok..terpaksa la di edit semula..
tak sangka..dalam aku kelam kabut tu..tetiba seorang kawan semasa praktikal di indonesia dulu..ym pada ku..
saja beliau bertanya khabar..waktu tu jugak aku cerita tentang insiden yang berlaku..
dia ajar aku sesuatu ilmu berguna..

katanya
virus tu just menyebabkan file kita "disappear"
so dia ajar tips ni...
TIPs:
1. tekan START
2. RUN
3. type CMD
4. type nama huruf pendrive cth G:
5.then type attrib -s -h *.* /s /d
6. then boleh buka pendrive seperti biasa..

check la..ada tak file kita yang hilang tadi...hehe

keesokkannya..sorang sahabat ada perkenalkan website ni www.filehippo.com
menarik gak, sebabnya leh download software free kat sini..
banyak sebenarnya yang aku tak tahu..
tapi thanks a lot pada kawan2 yang banyak membantu..

Tuesday, March 23, 2010

putus!!

x tau kenapa mesti waktu tu..dan mesti hari ini..
baru jer lagi beli..
baru jer guna..
x sampai 2 bulan kot..
kiranya..
nak di jadikan citer, lepas dari meeting, discuss ngan kawan2..
aku pun g r mkn kat pusanika..
masa beli mknan ok la, masa mkn ok lagi,, tetiba plak, lepas da sudah mkn time nk g cuci tgn la plak die putus..

huhu...selipar aku putus!!!
gane ni..


kwn2 aku yg baik hati n prihatin g r dorang cari selipar baru...huhu..xder..
tapi x menghampakan...dorang beli paku..bijak gak idea..akhirnya dapatla diselamatkan selipar tersebut...
n dapatla aku pulang ngan selamat..



(ni result selepas di tambah ngan aksesori paku tersebut...haha)

1 yang sangat bernilai yang aku sedari hari ni..
kawan-kawan aku mmg prihatin..dorang tak tinggalkan aku, sebaliknya berusaha cari pyelesaian..ana n ama..tq..
zati n mas pun tq coz sudi nak tolong hantar kan..
huhu..terharu..

tq korang sumer

p/s: mas ina post dulu yek..

Thursday, March 11, 2010

kesalahan jatuh kepada ku??

huhu...
nape..
nape aku kena..

bukan ke semua yang dia mintak dalam assignment tu, aku dah bagi..
dan aku dah sempurnakan tugas ku..
patutnya,dah lama tutup buku..
tapi kenapa tiap kali bila kerja tu sampai kepada orang lain yang lebih tinggi status nya dari aku.. tup tup..ada plak yang tertinggal..
mujur semua benda aku simpan elok-elok dalam folder. tak la payah nak cari..

mungkin masa melalui medium atau matrik itu ( yang tak dapat aku nyatakan)..
di situ berlaku kehilangan yang tak dijangka kan..

walau apa pun..
biasala tu..
mungkin aku orang terbaik..untuk kesalahan itu jatuh kepada ku..
walaupun mereka tak tahu..

aku percaya pada Allah,
DIA Yang MAHA MENGETAHUI..
setiap apa yang berlaku..
DIA mengaturkan segalanya pasti ada hikmahnya

bila keputusan SPM nak keluar..

fuh..!!

orang lain yang tunggu result, orang lain yang berdebar2..
hari ni keputusan SPM diumumkan, dah beberapa kali aku online, ingatkan dapat check.. silap..mana boleh tahu sebelum diumumkan kat sekolah..

Aku doakan semoga adik aku berjaya..
semoga tercapai cita-cita dia, cita-cita mak abah dan juga salah satu harapan aku untuk melihat dia berjaya dalam peperiksaan SPM..

"Akak tak sabar nak tahu ni..nanti dah balik sekolah cepat-cepat call akak.."

Walau apa pun resultnya, jangan takut..kena redha, Allah dah tentukan segalanya, kita perlu beserah segala nya kepada Nya, setelah kita berusaha bersungguh-sungguh..

Doa kami sekeluarga yang terbaik sentiasa untuk mu..

"Semoga berjaya adikku"

Wednesday, March 10, 2010

WARKAH untuk HAWA

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.