Thursday, December 15, 2011


Ya Allah
Di kala hatiku
Tidak tenang
Aku mencariMu
Di kala aku bersedih
Aku mencariMu
Di kala aku ketakutan
Aku mencariMu
Dikala aku kebuntuan
Aku mencariMu
Dikala aku kegelisahan
Aku mencariMu
Aku sering mencariMu
Dikala aku tiada lagi seseiapa,
Biarlah hatiku ini tetap tenang dan aku masih mencariMu
Kau sentiasa menemaniku
Kau sentiasa bersamaku
Cuma kadang bilaku gembira,aku takut terlupa akan Mu.
Ampunilah aku
Ya Allah, Ya Tuhanku
Aku BERDOSA,
Aku hambaMu yang lemah, kau berilah hidayah dan petunjukMu sepanjang hidupku.

Monday, December 12, 2011

“Tak perlu banyak yang penting berkat”


Setiap pekerjaan yang kita lakukan ini, terutamanya dalam soal sumber pendapatn kita, pastikan ia diperoleh dari sumber yang halal.
Kadang memang pekerjaan yang kita lakukan itu pekerjaan yang halal, bukanlah satu pekerjaan yang salah.


Namun fikirkan kembali, cuba muhasabah diri kita, adakah kita menggunakan sepenuh masa kita ketika bertugas itu dengan baik, adakah kita tiba waktu bekerja itu tepat pada masa, dan kita habis mengikut masa yang diperuntukkan, atau dalam urusan lain, betulkah jumlah claim kita itu, sama dengan jumlah yang sebenar kita buat, resit yang kita beri itu, sama kah dengan jumlah harga barang sebenar yang kita dapat?


Walaupun halnya kecil sahaja, namun, duit pendapatan yang kita peroleh itu tanpa sedar, sebenarnya kita gunakan untuk makan, dan makanan itu menjadi sebahagian dari darah daging kita, kerana itu, lahirnya hati-hati yang sedikit hitam, kalau sumber yang kurang halal itu tadi, jadi sumber makanan isteri dan anak-anak kita, maka lahir lah warga-warga yang degil dan susah untuk menerima ajaran yang baik, sebab ituah dalam institusi kekeluargaan pada hari ini, ada banyak masalahnya.

Walau sekecil-kecil perkara sebenarnya tanpa kita sedar memberi pengaruh dalam hidup kita.
Sebab itu, kadang ada keluarga, walaupun sedikit pendapatan mereka, namun cukup untuk menyara hidup anak-anak yang ramai.
Tapi kadang ada orang yang berpendapatan besar, namun tak pernah cukup, ,makin besar gaji patutnya makin cukup, tapi sifat duit tak pernah cukup, sebab itu yang penting ialah berkat, bukan banyak jumlah duitnya yang menjadi persoalan, kerana sumber yang halal, ada keberkatan dari Allah.

Insya allah, segalanya akan menjadi cukup jika betul pengurusannya, berbanding dengan jika jumlah wang sahaja yang banyak, tetapi tiada yang halal dan berkat.

Maka terpulang lah pada diri kita, ingin memiliki keberkatan dan keredhaaNya atau kemurkaanNya.
Marilah sama-sama kita memuhasabahkan diri kita.

siapa patut buat keputusan?


Jangan sesekali membiarkan orang lain membuat keputusan untuk anda.kehidupan anda adalah tanggungjawab anda dan dari keputusan anda.

Kita boleh untuk bertanya pendapat pada orang yang lebih tua dan orang yang lebih berpengalaman, tapi biarlah anda sendiri yang memilih keputusan itu selepas menimbang baik buruk dari segala segi dan setelah berunding dan mendapatkan maklumat secukupnya dari sumber-sumber tentu.

Bila berkata begini, bukan kita bertindak untuk mengetepikan semua orang penting dalam hidup kita termasuk ibu bapa, abang, kakak atau pasangan kita, sebaliknya, tujuannya supaya kita sedar bahawa kita adalah orang utama yang bertanggung jawab atas segalanya pilihan yang kita buat.

Berdoalah pada Allah, tuhan yang telah menciptakan kita, Dia Maha Mengetahui. Mintalah pada ALLAH semoga segala yang kita kerjakan ini diredhai dan pilihan yang tepat untuk kita.

Semoga dengan mengingatiNya, setiap tindakan yang kita lakukan adalah untuk mendapat rahmat daripadaNya. INSYA ALLAH.