Saturday, April 17, 2010

kenapa aku mudah melupai mu??

betapa lemahnya diriku..perlu sentiasa diingat-ingatkan..

teringat nota en.zarin yang aku baca semalam:
"manusia" diambil dari perkataan "nasia".

mengikut ibnu abbas, dari segi etimologi, nasia ertinya pelupa. manusia lupa akan perjanjian asalnya dengan tuhan. (Sebenarnya dalam alam roh sudah kenal tuhan, tetapi apabila sampai ke dunia, dah jadi insan, banyak yang lupa, malah ada yang nafikan adanya Tuhan.)

"semoga aku sentiasa mengingati MU ya ALLAH"

- UNTUK TIDAK LUPA, insan perlu berZIKIR( zakara ertinya mengingati)

Oleh sebab insan lupa, maka berlakunya kezaliman terhadap dirinya sendiri. Kalau dia lupa dan terus lupa, dia akan menjadi hina daripada sesuatu yang lebih hina, dan kalau dia melaksanakan fitrah kejadiannya, dia akan lebih mulia daripada malaikat.

---------------------------------------------------------

mudah kan insan menjadi lupa..maka marilah kita sentiasa ingat- mengingatkan..sentisa berzikir dan berdoa..semoga CINTA ALLAH yang sentiasa kita cari di dunia ini.. dan semoga kita beroleh kasih sayang NYA.





"Ya Allah, kurniakanlah kepada ku Cinta terhadap Mu dan Cinta kepada mereka yang Mencintai mu, dan apa saja yang membawa aku hampir kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga."

1 comment:

  1. semoga kita saling mengingatkan kerana pd dasarnya kita memang mudah lupa..sgt takut jika hati2 kita berkarat seperti mana besi yang berkarat..

    ReplyDelete