Monday, December 12, 2011

“Tak perlu banyak yang penting berkat”


Setiap pekerjaan yang kita lakukan ini, terutamanya dalam soal sumber pendapatn kita, pastikan ia diperoleh dari sumber yang halal.
Kadang memang pekerjaan yang kita lakukan itu pekerjaan yang halal, bukanlah satu pekerjaan yang salah.


Namun fikirkan kembali, cuba muhasabah diri kita, adakah kita menggunakan sepenuh masa kita ketika bertugas itu dengan baik, adakah kita tiba waktu bekerja itu tepat pada masa, dan kita habis mengikut masa yang diperuntukkan, atau dalam urusan lain, betulkah jumlah claim kita itu, sama dengan jumlah yang sebenar kita buat, resit yang kita beri itu, sama kah dengan jumlah harga barang sebenar yang kita dapat?


Walaupun halnya kecil sahaja, namun, duit pendapatan yang kita peroleh itu tanpa sedar, sebenarnya kita gunakan untuk makan, dan makanan itu menjadi sebahagian dari darah daging kita, kerana itu, lahirnya hati-hati yang sedikit hitam, kalau sumber yang kurang halal itu tadi, jadi sumber makanan isteri dan anak-anak kita, maka lahir lah warga-warga yang degil dan susah untuk menerima ajaran yang baik, sebab ituah dalam institusi kekeluargaan pada hari ini, ada banyak masalahnya.

Walau sekecil-kecil perkara sebenarnya tanpa kita sedar memberi pengaruh dalam hidup kita.
Sebab itu, kadang ada keluarga, walaupun sedikit pendapatan mereka, namun cukup untuk menyara hidup anak-anak yang ramai.
Tapi kadang ada orang yang berpendapatan besar, namun tak pernah cukup, ,makin besar gaji patutnya makin cukup, tapi sifat duit tak pernah cukup, sebab itu yang penting ialah berkat, bukan banyak jumlah duitnya yang menjadi persoalan, kerana sumber yang halal, ada keberkatan dari Allah.

Insya allah, segalanya akan menjadi cukup jika betul pengurusannya, berbanding dengan jika jumlah wang sahaja yang banyak, tetapi tiada yang halal dan berkat.

Maka terpulang lah pada diri kita, ingin memiliki keberkatan dan keredhaaNya atau kemurkaanNya.
Marilah sama-sama kita memuhasabahkan diri kita.

No comments:

Post a Comment