Selama 5 hari aku menemani maksu.. pada 5 sept yang lalu paksu telah kembali kerahmatullah.
Pada usia dia yang masih muda 34 tahun, paksu telah meninggalkan anak-anak yang masih kecil lagi..
Sebaik sahaja menerima berita tersebut...aku tak terkata apa-apa mengenangkan nasib maksu sekeluarga yang akan hidup tanpa paksu yang selama ini merupakan tempat bermanja dan curahan kasih sayang maksu setelah kehilangan arwah opah.
Kehilangan orang tersayang memang menyakitkan, malah kita tidak dapat menerimanya, dan berharap apa yang berlaku ini adalah sekadar mimpi... sebaliknya kenyataan yang benaryang tak dapat dinafikan ialah: orang yang kita sayang itu telah meninggalkan diri kita malah segala yang ada dunia ini buat selamanya...jadi
kita kena menerima qada & qadar ilahi.
Berikut adalah tips untuk dikongsi bersama;
Peranan kita sebagai insan yang masih ada setelah orang tersayang pergi mengadap Ilahi..
Pertama: kita perlu INGAT bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan.
Kedua: Anda boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai anda tidak merelakan pemergiannya.
Ketiga: Jangan fikirkan kesusahan yang bakal anda tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimanakah cara untuk anda meneruskan kehidupan setelah pemergiannya.
Keempat: Tunaikan hasrat si mati. Jika anda mempunyai impian bersama untuk membesarkan anak-anak, jangan jadikan kematian pasangan anda sebagai alasan untuk anda menguburkan impian tersebut. Sebaliknya anda perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat aruah.
Semoga Allah berikAN kekuatan kepada maksu menerima ketentuanNYA..
blog ini sekadar mengisi masa terluangku, dan untuk aku memuhasabahkan diriku.alhamdulilah, sekiranya ia turut membantu pembaca lain kearah kebaikan..
Sunday, September 9, 2012
Monday, September 3, 2012
orang yang memperalatkan orang lain;manusia kah dia??
memang ada manusia yang semacam ini...
memang ada manusia yang seperti ini...
kenapa ya?
sejak bila?
ada sesetengah manusia yang bila diberi kuasa, mereka akan menggunakannya utuk memanipulasi dan menggunakan orang lain...
orang yang salah menggunakan kuasa ini akan memperalatkan mangsanya terutama yang masih 'mentah' ,lemah, bersendirian. tidak mahir, tiada pengaruh dan tidak tahu bidang kuasa serta keperluan mereka...
"yang tua sepatutnya jadi penawar, bukan racun"- itu kata2 seorang kenalan saya..
kami membincangkan mengenai tindakan sesetengah senior yang kebanyakkan nya bersikap menghukum dan bukannnya mendidik kepada mereka yang junior atau yang masih baru...
Apabila kita tidak mengetahui bidang kuasa kita, dan kurang pengalaman menyebabkan kadang-kadang kita seperti dibuli atau diperalatkan oleh mereka yang suka mengambil kesempatan ke atas kelemahan kita.
Jadi pada sahabat-sahabat di luar sana, kenalilah teman-teman disekeliling anda. Mereka yang sering kali mempergunakan anda untuk kepentingan mereka sebenarnya, tidak bermaksud untuk berkawan lebih lama dengan anda, sebaliknya, kebaikan mereka hanyalah untuk memanipulasikan anda demi mencapai keinginan dan kehendak mereka...
Kenalilah diri anda, bidang kuasa anda dan hak anda sebagai INSAN. Dengan mengetahui banyak perkara dan melengkapkan ilmu pengetahuan disamping mengambil ikhtibar dari pelbagai pengalaman akan membantu anda mengenali dan memahami serta menyesuaikan hidup bersama pelbagai ragam dunia....
Tuesday, July 31, 2012
Sunday, March 4, 2012
engkau pun tahu..

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau tak penah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak penah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak penah kau cuba ringankan
ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
Penakut – Yuna
Friday, January 27, 2012
biar sampai ke bintang
BIAR MIMPI-MIMPI KITA
JEJAK SAMPAI KE BINTANG
WALAU HARUS MENGGAPAI AWAN
MENONGKAH ARUS INI
AKU TAHU BUKAN MUDAH
TAPI MIMPI INI HARUS SATU
TIADA GUNUNG YANG TERLALU TINGGI
TIADA LAUT YANG TERLALU LUAS
TUK MEREKA MEMISAHKAN KITA
DARI MIMPI-MIMPI KITA INI
JANGAN RESAH INI TAKDIR
TUHAN MENDENGARNYA
UNTUK MEMBAWA MIMPI-MIMPI KITA
JEJAK SAMPAI KE BINTANG
WALAU HARUS MENGGAPAI AWAN
MENONGKAH ARUS INI
AKU TAHU BUKAN MUDAH
TAPI MIMPI INI HARUS SATU
TIADA GUNUNG YANG TERLALU TINGGI
TIADA LAUT YANG TERLALU LUAS
TUK MEREKA MEMISAHKAN KITA
DARI MIMPI-MIMPI KITA INI
JANGAN RESAH INI TAKDIR
TUHAN MENDENGARNYA
UNTUK MEMBAWA MIMPI-MIMPI KITA
Wednesday, January 18, 2012
perlu ker?
"attitude is everything"
betul la kata-kata tu...
macam-macam perangai orang di dunia ni...ada yang melepaskan geram tidak kena pada tempatnya
terjadinya permusuhan tu adalah apabila ada pihak yang cuba untuk "provoke" pihak yang satu lagi..
perlu ker itu semua??
tak boleh ker kita hidup aman damai
tak de musuh, jangan pulak sajer-sajer nak "berkenalan" dengan musuh..
tapi, mengikut perkiraan. ubat terbaik adalah apabila ada satu pihak yang terlalu kemaruk sangat nak melakukan provokasi, maka satu pihak lagi harus lah bertenang dan tidak mudah melatah
berfikir dalam keadaan yang tenang, dan bertindaklah berdasarkan pemikiran yang waras dan rasional
seburuk-buruk keputusan adalah keputusan yang diberi sewaktu emosi tidak stabil, tak kira la sama ada terlalu sedih, terlalu marah atau terlalu gembira.
maka tenang kan jiwa dan berfikirlah yang terbaik
bertindaklah berdasarkan apa yang telah difikirkan sebaiknya, tetapi jangan pula bertindak dulu..kemudian last minute baru nak fikir...
so.. "kita adalah apa yang kita fikirkan"
betul la kata-kata tu...
macam-macam perangai orang di dunia ni...ada yang melepaskan geram tidak kena pada tempatnya
terjadinya permusuhan tu adalah apabila ada pihak yang cuba untuk "provoke" pihak yang satu lagi..
perlu ker itu semua??
tak boleh ker kita hidup aman damai
tak de musuh, jangan pulak sajer-sajer nak "berkenalan" dengan musuh..
tapi, mengikut perkiraan. ubat terbaik adalah apabila ada satu pihak yang terlalu kemaruk sangat nak melakukan provokasi, maka satu pihak lagi harus lah bertenang dan tidak mudah melatah
berfikir dalam keadaan yang tenang, dan bertindaklah berdasarkan pemikiran yang waras dan rasional
seburuk-buruk keputusan adalah keputusan yang diberi sewaktu emosi tidak stabil, tak kira la sama ada terlalu sedih, terlalu marah atau terlalu gembira.
maka tenang kan jiwa dan berfikirlah yang terbaik
bertindaklah berdasarkan apa yang telah difikirkan sebaiknya, tetapi jangan pula bertindak dulu..kemudian last minute baru nak fikir...
so.. "kita adalah apa yang kita fikirkan"
Sunday, January 1, 2012
di suatu petang

Biar hati ini menjadi saksi,
Saksi kepada kekecewaan,
Saksi kepada kepasrahan,
Aku wajar untuk diherdik?
Aku wajar untuk disumpah?
Aku wajar untuk dibentak-bentak?
Kerana kau tak tahu isi hatiku…
Tabahlah duhai hati, kerana dia masih belum mengerti,
Tabahlah duhai hati, kerana dia masih kecil,
Tabahlah duhai hati, kerana berdiam bukan bererti engkau mati
Hiduplah seadanya,
Hidupkanlah hati ini, dengan nilai mencintai Ilahi
Barulah nanti engkau mengerti kenapa dibiar hati berasa seperti ini
Subscribe to:
Posts (Atom)

