Sunday, September 9, 2012

peranan insan yang masih hidup

Selama 5 hari aku menemani maksu.. pada 5 sept yang lalu paksu telah kembali kerahmatullah.

Pada usia dia yang masih muda 34 tahun, paksu telah meninggalkan anak-anak yang masih kecil lagi.. Sebaik sahaja menerima berita tersebut...aku tak terkata apa-apa mengenangkan nasib maksu sekeluarga yang akan hidup tanpa paksu yang selama ini merupakan tempat bermanja dan curahan kasih sayang maksu setelah kehilangan arwah opah.

Kehilangan orang tersayang memang menyakitkan, malah kita tidak dapat menerimanya, dan berharap apa yang berlaku ini adalah sekadar mimpi... sebaliknya kenyataan yang benaryang tak dapat dinafikan ialah: orang yang kita sayang itu telah meninggalkan diri kita malah segala yang ada dunia ini buat selamanya...jadi kita kena menerima qada & qadar ilahi.

Berikut adalah tips untuk dikongsi bersama;

Peranan kita sebagai insan yang masih ada setelah orang tersayang pergi mengadap Ilahi..

Pertama: kita perlu INGAT bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan.

Kedua: Anda boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai anda tidak merelakan pemergiannya.

Ketiga: Jangan fikirkan kesusahan yang bakal anda tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimanakah cara untuk anda meneruskan kehidupan setelah pemergiannya.

Keempat: Tunaikan hasrat si mati. Jika anda mempunyai impian bersama untuk membesarkan anak-anak, jangan jadikan kematian pasangan anda sebagai alasan untuk anda menguburkan impian tersebut. Sebaliknya anda perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat aruah.

Semoga Allah berikAN kekuatan kepada maksu menerima ketentuanNYA..

No comments:

Post a Comment