Friday, January 8, 2010

Penularan Budaya Shisha

Kebetulan ketika menemani sahabat yang pergi ke 7-eleven pada malam itu setelah selesai solat isyak, tidak ada 1 parking pun yang kosong, maka terpaksalah aku hanya menunggu di dalam kereta, sementara dia masuk ke 7-E.

Sementara menunggu, ku perhatikan restoran-restoran makan di sekitar kawasan itu,
Agak mengecewakan terdapat restoran yang menyediakan hidangan hookah atau lebih dikenali sebagai shisha.

Malah, kelihatan kelibat manusia yang rancak mempromosikan shisha kepada orang ramai yang berada di kawasan berhampiran.

Aduhai... sejak akhir-akhir ini budaya menghisap shisha semakin popular!!!

Shisha atau juga dikenali dengan nama "hookah" merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa. Bayaran yang biasa dikenakan ialah antara RM10 hingga RM15 untuk satu sesi shisha. Menghisap shisha yang kian menjadi kegilaan khususnya muda-mudi Melayu, telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya. Sebelum kemunculan tembakau, bahan yang sering digunakan di dalam shisha ialah candu dan hashish.

Rasanya sudah tiba masanya kita memandang serius gejala yang merosakkan ini. Amat membimbang apabila masyarakat seolah-olah menerima trend menghisap shisha. Yang lebih menyedihkan lagi anak-anak muda remaja dan belia berlumba-lumba memulakan perniagaan kecil-kecilan (sambil menumpang di restoran2) seolah-olah ia direstui oleh semua orang.Lebih menyedihkan ada di kalangan mahasiswa yang turut serta menghisap shisha. Sedangkan mahasiswa sepatutnya lebih bijak menilai sesuatu perkara kerana ilmu yang dimilikinya itu.


Mungkin dikalangan kita beranggapan shisha dan rokok itu sama sahaja. Hisap dan keluarnya asap jua. Tapi jangan lupa. kaedah mengisap shisha juga sama dengan menghisap dam (yang menggunakan candu). Mana mungkin orang kebanyakkan seperti kita semua boleh membezakan orang yang sedang menghisap shisha tersebut menggunakan tembakau atau candu sebagai intinya?

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman dalam temubual ;

"Menghisap shisha, katanya, mempunyai banyak persamaan dengan perbuatan menghisap rokok dan dalam masa yang sama, ada juga penggemar shisha perokok tegar.Di Malaysia, tambahnya, menghisap shisha ini lebih mirip kepada pengambilan dadah marijuana dengan menggunakan alat yang dipanggil "dapur".

"Persoalan yang perlu dirungkaikan ialah, sesuaikah menghisap shisha ini dengan sosio-budaya Malaysia?Kerajaan telah menetapkan dadah sebagai musuh utama negara. Justeru, kita tidak sepatutnya membiarkan budaya negatif ini timbul semula melalui inovasi shisha. Ia mungkin inovasi baru tetapi tetap sama (penggunaan tembakau),"

Budaya yang tak senonoh ini elok sangat kalau dicantas secepat mungkin. Kempen harus dilaksanakan. Banner mesti dinaikkan. Flyer juga harus disebarkan. Operasi terjah dan explain dari restoran ke restoran perlu dijalankan. Khutbah Jumaat juga boleh memainkan peranan.Yang jauh perlu sentiasa diingatkan dan yang dekat jangan dilupakan. Insyallah. sekadar beberapa cadangan yang terlintas...


"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." Al Baqarah : 28

No comments:

Post a Comment