Saturday, December 28, 2013

TIP menjawab exam GRU

Alhamdulilah.. untuk hari ini da selesai 1 paper exam, maksudnya ada 1 lagi paper menanti, sebelum start CUti...

tapi sekolah pun da nak mula... cuti ke tak cuti sama jee...

tugasan memang non-stop, kena la pandai2 manage tiMe..

tipS menjawab soalan GRU, or kaedah penyelididikan pendidikan..

Masa yang diberi 2jam 30 minit, soalan memang tough...

seriously memang tak sama macam zaman2 belajar, asas penyelidikan dulu..

TIPS nya adalah;
1-Bacalah keseluruhan nota
2- Sila buat sendiri proposal anda sepenuhnya, rujuk cara menulis tajuk, obj kajian, hipotesis, persoalan kajian, cara pengumpulan data dan analisis data, serta teknik persampelan.
3-kenal pasti dan kuasai pemahaman berkaitan jenis2 kajian kualitatif dan kuantitatif.
4- KUalitatif- cth; etnografi, kes, tindakan, sejarah
5- kuantitaif- cth; tinjauan, eksperimen benar, kuasi eksperimen, dan korelasi...

Make sure korang semua betul2 faham apa yang korang study,, soalan super duper aplikasi..60m 
lagi 40m bolehla kalau hafal..

OK! selamat maju jaya..

pe pe pun... tQ very much to DR. Che Nidzam, yang banyak membimbing...
n kengkawan GRU semua...

tq KOrang...

Friday, December 27, 2013

;-)

TO;  eNCik tUNaNg




Saturday, October 19, 2013

belajar e-portfolio

Bersama Puan Nadiah,

kami bersama-sama belajar create e-profile.

E-profile ini dibina untuk subjek SBP 6024


Thursday, October 4, 2012

dunia akhir zaman


Dunia akhir zaman, perkara yang buruk itu dibanggakan, malah berkali-kali disiarkan dalam berita, budaya yang tidak molek itu dipamer kan setiap hari...bukankah sepatutnya yang buruk itu disorokkan, tidak dipamerkan, supaya tak jadi amalan,ATAU ikutan remaja yang tak tahu apa-apa...

Media massa yang sepatutnya mempamerkan, atau mengehebah kan perkara baik-baik, namun  sebaliknya lain pula yang berlaku, berkali-kali diulang tayangkan berita yang buruk, seolah-olah bangga dengan budaya yang tidak baik, malah bercanggah jauh dengan kehendak agama dan nilai masyarakat yang sepatutnya bersopan santun...

Mungkin inilah petanda kepada zon klimaks kemusnahan alam ini...

Setiap apa yang kita lakukan, kelak akan dihisab, diperhitungkan satu-persatu.... tidak kah mereka percaya wujud hari perhitungan itu...

Semoga Islam beroleh kemenangan dan semoga perkara yang baik-baik sentiasa beraja dihati setiap insan, sama-samalah kita memperjuangkan akhlak yang baik.. AMAL MAKRUF, NAHI MUNGKAR.

 

Wednesday, September 19, 2012

RINDU padanya

Allah lebih sayangkan dia....
diberinya kita peluang untuk mengenali hati budinya, menyayanginya dan menghargainya semasa kehadirannya ketika bersama kita..

setelah tiba waktunya, dia dijemput kembali...
datangnya juga menitiskan air mata, namun itu adalah kerana gembira... dan akhirnya ketika dia pergi juga menitiskan air mata... tapi kini airmata itu kerana...berdukacita kehilangan dia...

Allah ciptakan manusia dimuka bumi ini, bukan hidup untuk menongkat langit..bila tiba waktu...kita semua akan kembali kepadaNya...

DaripadaNYA kita datang, dan kepadaNYA  juga kita akan kembali... SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI...kematian itu dalah satu perkara yang pasti...

Maka kewajarannya ialah, kita menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup kita, supaya kita tak kesal, jika kehilangannya nanti...

SEMOGA ALLAH TEMPATKAN ORANG YANG KITA SAYANGI ITU BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN...


terima kasih

terima kasih pd kwn2 merangkap kakak2 koperasi yg mmg d best...
berjaya juga kita nak adakan jamuan...

semalam termasuk sehingga ke pagi tadi proses menyediakan makanan...dalam keadaan keje yang tak pernah habis..
masing2 walaupun  sibuk dengan p&p sempat lagi meluangkan waktu...

terima kasih yang tak terhingga juga untuk MAK...u are d best... thanks MAK...tolong INA pagi tadi... :)

Dalam keadaan kelam kabut nak ke sekolah, mak & abah tolong lagi angkatkan barang2...
THANK YOU MAK & ABAH...

HEHE...



Tuesday, September 18, 2012

mari kita pilih M.A.A.F

perkara terbaik yang boleh kita lakukan...ialah meMAAFKAN.. sebelum tidur, maafkan semua manusia yang pernah hadir dalam hidup anda...maafkan kesalahan mereka.. doakan juga agar mereka tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama...sama juga diri kita...mohon maaf ampun dari MAHA ESA...

teringat satu kata, tak siapa boleh rampas kebahagian anda, sebab rasa bahagia tu hadir dari dalam hati kita sendiri... dan pemilik hati itu, adalah kita, Allah pinjamkan  HATI pada kita, sebab kasih sayangnya pada setiap hamba yang diciptanya...

hati itu ada dalam diri kita, jadi kita yang bertindak menjaga hati kita, kita berhak memilih sama ada membiarkan ia sakit kerana tidak memaafkan insan yang melukakan  HATI dan merunsingkan hidup kita

OR

kita juga BOLEH pilih, maafkan saja kesilapan mereka .. supaya hati kita tak terbeban fikirkan betapa KEJAMnya insan yang menyakiti kita itu...HUHU...

MAAFKAN SAHAJA...

Sunday, September 9, 2012

peranan insan yang masih hidup

Selama 5 hari aku menemani maksu.. pada 5 sept yang lalu paksu telah kembali kerahmatullah.

Pada usia dia yang masih muda 34 tahun, paksu telah meninggalkan anak-anak yang masih kecil lagi.. Sebaik sahaja menerima berita tersebut...aku tak terkata apa-apa mengenangkan nasib maksu sekeluarga yang akan hidup tanpa paksu yang selama ini merupakan tempat bermanja dan curahan kasih sayang maksu setelah kehilangan arwah opah.

Kehilangan orang tersayang memang menyakitkan, malah kita tidak dapat menerimanya, dan berharap apa yang berlaku ini adalah sekadar mimpi... sebaliknya kenyataan yang benaryang tak dapat dinafikan ialah: orang yang kita sayang itu telah meninggalkan diri kita malah segala yang ada dunia ini buat selamanya...jadi kita kena menerima qada & qadar ilahi.

Berikut adalah tips untuk dikongsi bersama;

Peranan kita sebagai insan yang masih ada setelah orang tersayang pergi mengadap Ilahi..

Pertama: kita perlu INGAT bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan.

Kedua: Anda boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai anda tidak merelakan pemergiannya.

Ketiga: Jangan fikirkan kesusahan yang bakal anda tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimanakah cara untuk anda meneruskan kehidupan setelah pemergiannya.

Keempat: Tunaikan hasrat si mati. Jika anda mempunyai impian bersama untuk membesarkan anak-anak, jangan jadikan kematian pasangan anda sebagai alasan untuk anda menguburkan impian tersebut. Sebaliknya anda perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat aruah.

Semoga Allah berikAN kekuatan kepada maksu menerima ketentuanNYA..

Monday, September 3, 2012

orang yang memperalatkan orang lain;manusia kah dia??

memang ada manusia yang semacam ini... memang ada manusia yang seperti ini... kenapa ya? sejak bila? ada sesetengah manusia yang bila diberi kuasa, mereka akan menggunakannya utuk memanipulasi dan menggunakan orang lain...
orang yang salah menggunakan kuasa ini akan memperalatkan mangsanya terutama yang masih 'mentah' ,lemah, bersendirian. tidak mahir, tiada pengaruh dan tidak tahu bidang kuasa serta keperluan mereka... "yang tua sepatutnya jadi penawar, bukan racun"- itu kata2 seorang kenalan saya.. kami membincangkan mengenai tindakan sesetengah senior yang kebanyakkan nya bersikap menghukum dan bukannnya mendidik kepada mereka yang junior atau yang masih baru... Apabila kita tidak mengetahui bidang kuasa kita, dan kurang pengalaman menyebabkan kadang-kadang kita seperti dibuli atau diperalatkan oleh mereka yang suka mengambil kesempatan ke atas kelemahan kita. Jadi pada sahabat-sahabat di luar sana, kenalilah teman-teman disekeliling anda. Mereka yang sering kali mempergunakan anda untuk kepentingan mereka sebenarnya, tidak bermaksud untuk berkawan lebih lama dengan anda, sebaliknya, kebaikan mereka hanyalah untuk memanipulasikan anda demi mencapai keinginan dan kehendak mereka... Kenalilah diri anda, bidang kuasa anda dan hak anda sebagai INSAN. Dengan mengetahui banyak perkara dan melengkapkan ilmu pengetahuan disamping mengambil ikhtibar dari pelbagai pengalaman akan membantu anda mengenali dan memahami serta menyesuaikan hidup bersama pelbagai ragam dunia....

Tuesday, July 31, 2012

lawak skejap...

mau ke kiter??...saye x mau...

Sunday, March 4, 2012

engkau pun tahu..






Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak penah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak penah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak penah kau cuba ringankan

ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku



Penakut – Yuna

Friday, January 27, 2012

biar sampai ke bintang

BIAR MIMPI-MIMPI KITA
JEJAK SAMPAI KE BINTANG

WALAU HARUS MENGGAPAI AWAN
MENONGKAH ARUS INI

AKU TAHU BUKAN MUDAH
TAPI MIMPI INI HARUS SATU

TIADA GUNUNG YANG TERLALU TINGGI
TIADA LAUT YANG TERLALU LUAS
TUK MEREKA MEMISAHKAN KITA

DARI MIMPI-MIMPI KITA INI
JANGAN RESAH INI TAKDIR
TUHAN MENDENGARNYA
UNTUK MEMBAWA MIMPI-MIMPI KITA

Wednesday, January 18, 2012

perlu ker?

"attitude is everything"

betul la kata-kata tu...
macam-macam perangai orang di dunia ni...ada yang melepaskan geram tidak kena pada tempatnya

terjadinya permusuhan tu adalah apabila ada pihak yang cuba untuk "provoke" pihak yang satu lagi..
perlu ker itu semua??

tak boleh ker kita hidup aman damai

tak de musuh, jangan pulak sajer-sajer nak "berkenalan" dengan musuh..

tapi, mengikut perkiraan. ubat terbaik adalah apabila ada satu pihak yang terlalu kemaruk sangat nak melakukan provokasi, maka satu pihak lagi harus lah bertenang dan tidak mudah melatah

berfikir dalam keadaan yang tenang, dan bertindaklah berdasarkan pemikiran yang waras dan rasional

seburuk-buruk keputusan adalah keputusan yang diberi sewaktu emosi tidak stabil, tak kira la sama ada terlalu sedih, terlalu marah atau terlalu gembira.

maka tenang kan jiwa dan berfikirlah yang terbaik

bertindaklah berdasarkan apa yang telah difikirkan sebaiknya, tetapi jangan pula bertindak dulu..kemudian last minute baru nak fikir...

so.. "kita adalah apa yang kita fikirkan"

Sunday, January 1, 2012

di suatu petang


Biar hati ini menjadi saksi,

Saksi kepada kekecewaan,

Saksi kepada kepasrahan,

Aku wajar untuk diherdik?
Aku wajar untuk disumpah?
Aku wajar untuk dibentak-bentak?

Kerana kau tak tahu isi hatiku…

Tabahlah duhai hati, kerana dia masih belum mengerti,

Tabahlah duhai hati, kerana dia masih kecil,

Tabahlah duhai hati, kerana berdiam bukan bererti engkau mati

Hiduplah seadanya,

Hidupkanlah hati ini, dengan nilai mencintai Ilahi

Barulah nanti engkau mengerti kenapa dibiar hati berasa seperti ini

Thursday, December 15, 2011


Ya Allah
Di kala hatiku
Tidak tenang
Aku mencariMu
Di kala aku bersedih
Aku mencariMu
Di kala aku ketakutan
Aku mencariMu
Dikala aku kebuntuan
Aku mencariMu
Dikala aku kegelisahan
Aku mencariMu
Aku sering mencariMu
Dikala aku tiada lagi seseiapa,
Biarlah hatiku ini tetap tenang dan aku masih mencariMu
Kau sentiasa menemaniku
Kau sentiasa bersamaku
Cuma kadang bilaku gembira,aku takut terlupa akan Mu.
Ampunilah aku
Ya Allah, Ya Tuhanku
Aku BERDOSA,
Aku hambaMu yang lemah, kau berilah hidayah dan petunjukMu sepanjang hidupku.

Monday, December 12, 2011

“Tak perlu banyak yang penting berkat”


Setiap pekerjaan yang kita lakukan ini, terutamanya dalam soal sumber pendapatn kita, pastikan ia diperoleh dari sumber yang halal.
Kadang memang pekerjaan yang kita lakukan itu pekerjaan yang halal, bukanlah satu pekerjaan yang salah.


Namun fikirkan kembali, cuba muhasabah diri kita, adakah kita menggunakan sepenuh masa kita ketika bertugas itu dengan baik, adakah kita tiba waktu bekerja itu tepat pada masa, dan kita habis mengikut masa yang diperuntukkan, atau dalam urusan lain, betulkah jumlah claim kita itu, sama dengan jumlah yang sebenar kita buat, resit yang kita beri itu, sama kah dengan jumlah harga barang sebenar yang kita dapat?


Walaupun halnya kecil sahaja, namun, duit pendapatan yang kita peroleh itu tanpa sedar, sebenarnya kita gunakan untuk makan, dan makanan itu menjadi sebahagian dari darah daging kita, kerana itu, lahirnya hati-hati yang sedikit hitam, kalau sumber yang kurang halal itu tadi, jadi sumber makanan isteri dan anak-anak kita, maka lahir lah warga-warga yang degil dan susah untuk menerima ajaran yang baik, sebab ituah dalam institusi kekeluargaan pada hari ini, ada banyak masalahnya.

Walau sekecil-kecil perkara sebenarnya tanpa kita sedar memberi pengaruh dalam hidup kita.
Sebab itu, kadang ada keluarga, walaupun sedikit pendapatan mereka, namun cukup untuk menyara hidup anak-anak yang ramai.
Tapi kadang ada orang yang berpendapatan besar, namun tak pernah cukup, ,makin besar gaji patutnya makin cukup, tapi sifat duit tak pernah cukup, sebab itu yang penting ialah berkat, bukan banyak jumlah duitnya yang menjadi persoalan, kerana sumber yang halal, ada keberkatan dari Allah.

Insya allah, segalanya akan menjadi cukup jika betul pengurusannya, berbanding dengan jika jumlah wang sahaja yang banyak, tetapi tiada yang halal dan berkat.

Maka terpulang lah pada diri kita, ingin memiliki keberkatan dan keredhaaNya atau kemurkaanNya.
Marilah sama-sama kita memuhasabahkan diri kita.

siapa patut buat keputusan?


Jangan sesekali membiarkan orang lain membuat keputusan untuk anda.kehidupan anda adalah tanggungjawab anda dan dari keputusan anda.

Kita boleh untuk bertanya pendapat pada orang yang lebih tua dan orang yang lebih berpengalaman, tapi biarlah anda sendiri yang memilih keputusan itu selepas menimbang baik buruk dari segala segi dan setelah berunding dan mendapatkan maklumat secukupnya dari sumber-sumber tentu.

Bila berkata begini, bukan kita bertindak untuk mengetepikan semua orang penting dalam hidup kita termasuk ibu bapa, abang, kakak atau pasangan kita, sebaliknya, tujuannya supaya kita sedar bahawa kita adalah orang utama yang bertanggung jawab atas segalanya pilihan yang kita buat.

Berdoalah pada Allah, tuhan yang telah menciptakan kita, Dia Maha Mengetahui. Mintalah pada ALLAH semoga segala yang kita kerjakan ini diredhai dan pilihan yang tepat untuk kita.

Semoga dengan mengingatiNya, setiap tindakan yang kita lakukan adalah untuk mendapat rahmat daripadaNya. INSYA ALLAH.

Sunday, July 18, 2010

Kesedaran dari sebuah n0vel

Tenggelamnya kapal van der wick,karya hamka.menarik karya tersebut,begitu menyentuh hatiku,mengisahkan tentang se0rang anak muda yg bernama zainudin dan kisah percintaannya dengan hayati yg menyayat hati..seharian waktu ku habiskan membaca karya hamka itu semalam..kisah tersebut juga menunjukkan rapuhnya cinta apabila dikaburi dengan harta,janji yg dipatri dimungkiri apabila wang dan hiasan dunia yg di cita..akhirnya dua jiwa yg saling bercinta terpisah jauh dek kehendak manusia yg mementingkan nama dan harta.

Sunday, April 25, 2010

Aku mencintai mu..

Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Firman Allah: “Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…”
(An-Nahl: 97)

Kalau berkehendakkan kehidupan yang baik, rumah tangga yang balik, pilihlah calon pasangan yang beragama.


“Manusia memang sukakan kecantikan, tapi asas pemilihan nombor satu mesti agamanya. Agama itu mencetuskan ketenangan,” katanya.

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" (Imam Nawawi)


SUMBER: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1465

Saturday, April 24, 2010

SEDIAKAH KITA MENGHADAPI KEMATIAN?

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah S.W.T kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakiNya. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh dari ujung rambut sehingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arashy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persiapan ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di
mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba hanya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bagian tengah dahi, diantara dahi kanan dan
kiri. Jika tanda ini dapat, dirasa maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandung banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dirasa jika kita melihatnya dari bagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang.di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bagian pusat, akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah, berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




“Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan pada dari Allah mahupun dari sesama manusia atas segala dosa dan urusan hutang piutang kita”.

SUMBER: http://my.opera.com/joko7701/blog/tanda-tanda-kematian